Thursday, 7 August 2014

Procedure Booking Bersalin di HUKM & Cost

Hola,

So finally kila and husband decide bersalin dekat HUKM. HUKM ni ada 2 bahagian. 1 semi private 1 lagi fully private (specialist care). Kila pilih untuk bersalin dekat semi-private je sbb if ceaser pun still murah. Procedure untuk booking bersalin kat HUKM ni  macam ni:

HUKM semi-private

Untuk booking, kena bawa 2 benda:
1) Referral letter dari doctor - letter ni boleh request dari tempat yang korang selalu checkup. Mcm kila every time checkup dekat Klinik Kesihatan Kg Baru, so surat mintak dr doctor klinik tu. Cakap je nak referral letter nak bersalin kat HUKM. Sekejap je pun nk request letter ni. Contoh letter tu mcm ni.

Referral letter~

2) Buku pink/ record checkup - Rasanya semua orang tau buku pink kan ;)

Then bwkla dua document ni pergi HUKM dekat bahagian O&G. Senang je nak cari sebab dekat level bawah je. Masa kila pergi tu dalam pukul 3 petang, so memang dah takde orang. Just pergi kaunter cakap nak booking bersalin and pass je 2 documents tu dekat penjaga kaunter tu.

Then, dia akan tgk estimated due date (EDD) kita and check date tu available lagi ke x. Macam kila dia cakap dah lambat sebab kila dah 8 bulan. Cuma nasib baik date tu ok lg. So dia akan set kan appointment untuk first checkup dekat situ. Tarikh yang kila dapat is on 28/8/2014. Nak bersalin dekat HUKM ni at least kene checkup beberapa kali dulu kat situ baru diaorg terima.

Lepas dah dapat date, dia akan bagi kita borang untuk open file and bawak masa 1st checkup tu. Borang dia macam ni:



Estimated cost:


Summary anggaran cost 2014:

Normal : RM850.00
Vakum : RM1,050.00
Forceps : RM900.00
Ceaser : RM2,030.00

Open file : RM50.00
Scan : RM20.00

Deposit : RM750.00 (bayar masa daftar admit wad tu.)

So, siapa yang bercita-cita nak bersalin di HUKM ni dah boleh tau cost and procedure untuk daftar ye. Urusan booking ni kila amik masa 10 minit je. Tak lama pun.

Doakan urusan bersalin kila dipermudahkan ye. Tawakal je. ;)

AfSha~

28 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Nak tanya, lepas check up kat HUKM, sis still continue check up kat Klinik Kesihatan tak? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lmbt reply. still continue checkup kk. tp atleast sekali checkup kat hukm utk record dieorg.

      Delete
    2. salam sis. kalau ttibe xjdi brsalin kt hukm tu lpas dh check up kt sane. incase la kalau sy nk blik kg deliver kt sane plak.

      Delete
    3. xpe. sbb xde deposit. deposit hanya diambil bila hari nk bersalin tu sblm masuk wad.

      Delete
  3. Salam sis, kalau gov servant yg ada gl harga dia still sama ke mcm yg sis listkan tu? ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  4. nk tanya..awk g hukm yang nk booking tu hari bekerja ke cuti ye?

    ReplyDelete
  5. Time daftar kena buat payment ke?? Kalo bkn staff gomen

    ReplyDelete
  6. masa nak booking tu kena bayar aa2 x?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hi sis. Buleh cerita pengalaman sis selepas bersalin ? Pengalaman di wad biasa hukm. Sbb skrg ni masih terfikir untuk ambil private wing or wad biasa. Sbb kalau boleh selepas sy bersalin, tak nak la kena tinggal kt wad biasa sorg2, nak berteman kn ibu atau suami. Buleh share pengalamam sis dduk di wad biasa? Selesa tak? -reena

    ReplyDelete
  9. Hi sis. Buleh cerita pengalaman sis selepas bersalin ? Pengalaman di wad biasa hukm. Sbb skrg ni masih terfikir untuk ambil private wing or wad biasa. Sbb kalau boleh selepas sy bersalin, tak nak la kena tinggal kt wad biasa sorg2, nak berteman kn ibu atau suami. Buleh share pengalamam sis dduk di wad biasa? Selesa tak? -reena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy pergi kelas antenatal kat hukm, ketua juru rawat yg bawak kitorg round2 kat wad tu ad bg tau nak ddk kat private wing kne bergantung pd keadaan ibu n bayi.. kalau ada perkara yg serius berlaku dekat ibu atau bayi drg lg galakkan utk ddk wad biasa je sbb Dr/nurse selalu lalu lalang/senang nak pantau.. Sis boleh dtg sendiri ke hukm tanya kat kaunter sbb drg ok je nak layan kalau x bz.. Kalau sempat, ikut la kelas antenatal yg dia buat.. Hehe๐Ÿ‘

      Delete
    2. Okie sis. Terima kasih ats perkongsian. Sy akn cri maklumat psl class antenatal tu nnti kt kaunter hukm.

      Delete
    3. Assalamualaikum boleh tahu,di HUKM ada ward utk 1st class x, sbb senang ahli family nak teman selepas bersalin. Siapa2 boleh share?

      Delete
  10. bole saya tnye,kalu suami kje gov..bayaran sama jgk ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori admin, saya tlg jawabkan.. heheeee:P
      Suami keja gov, FOC je.. sebab dah ada dlm sistem Hrmis.. tapi, nak bawa surat GL drp ofis suami pun blh..
      Masa saya bersalin anak pertama tahun 2009, just bayar duit katik 2 hari rm6 je.. tapi, sekarang semua dah free untuk kakitangan gov..

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Nak tanya lah booking tu seawal brp bulan dah boleh book tuk bersalin situ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori admin, saya tolong jawabkan... heheee
      Biasanya kena amik surat reference drp doktor klinik kesihatan biasa dulu.. kandungan 7 bulan++ , doc kkik akan bagi surat tu suh kita pass kat kaunter ppukm utk checkup 2-3x sahaja sebagai rkod kesihatan diaorg..

      Delete
  13. Pengalaman saya bersalin 3 orang anak di PPUKM sangat bagus servisnya..
    Rezeki saya masa bersalin anak pertama, berjiran dengan staff nurse PPUKM tu.. Dia cakap, labour room yg wad biasa & special wing sama je.. cuma special wing boleh request Doktor yang disukai..
    Cuma yang membezakannya wad biasa & special wing, ward dia sahaja..
    Teringat masa dulu, Saya hampir bersalin anak pertama nak amik Special Wing guna surat Panel ofis suami jer.. Tapi, masa tu ibu saya suh amik wad biasa je sebab saya seorang staff kerajaan.. better guna GL government je kan..

    Anak ke-2, saya bersalin d PPUKM juga & ketika itu anak saya meninggal dalam perut ketika kandungan 9 bulan (Doc siap amik sket tali pusat baby utk post mortem) & mengetahui punca kematian.. Tapi Alhamdulillah, doc usaha suh saya bersalin normal & ketika itu saya tahu anak dah meninggal 5 hari dlm perut..

    Tapi, alhamdulillah bersalin anak ke-3, Allah permudahkan... Tapi, saya kena induce sebab saya ada risiko kelahiran no.2 baby meninggal dulu tanpa ketahui apa puncanya.. Tapi, memang sangat bagus doktor2 & nurse2 di labour room ketika itu..

    Insyaallah, bulan 6/2018 ni saya bakal bersalin di PPUKM juga utk anak ke-4 :) Bagi saya PPUKM adalah Hospital O&G yg terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya,kalau yg special wing tu,ward dia sama jugak ke or satu bilik sorang?husband boleh bermalam?dari segi harga pulak yg privae wing tu anggaran dlm berapa kos nye ye

      Delete
    2. salam sis..boleh tahu tak cost bersalin normal dan pembedahan utk thn 2018 berapa ya di PPUKM?

      Delete
    3. Assalamualaikum sis, kalau di HUKM, selepas bersalin ada wad 1st class 2 bedded yg ahli family boleh teman tak? Kt HUKM boleh request Dr perempuan?

      Delete
  14. sis. nk tnya. lahir kt hukm ni dpt ic kl atau selangor

    ReplyDelete